1.0 Pengenalan
Unjuran ortografik adalah merupakan satu sistem yang digunakan dalam bidang kejuruteraan untuk
menerangkan bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa peralatan kejuruteraan. ia adalah merupakan sistem banyak pandangan dimana keseluruhan bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa mempengaruhi dimensi objek yang sebenar.
1.1 Definasi
Secara lebih tepat unjuran ortografik didefinasikan sebagai satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah-satah yang biasa bersudut tepat diantara satu dengan lain. Lukisan ini boleh dilukis secara manual atau mengunakan perisian seperti AutoCAD.
2.0 Jenis-jenis Unjuran Ortografik
Terdapat dua jenis unjuran iaitu
i) Unjuran sudut pertama
ii) Unjuran sudut ketiga
Unjuran sudut pertama
Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan Kejuruteraaan. Satah - satah utama yang terdapat dalam sudut ini menpunyai namanya tersendiri, sesuai dengan perananya. Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut tepat. Jika objek ini dilihat dari anak panah A padangan yang di perolehi ialah pandangan hadapan. Jika objek ini dilihat dari anak panah B padangan yang di perolehi ialah pandangan sisi. Jika objek ini dilihat dari anak panah C padangan yang di perolehi ialah pandangan atas.
Unjuran sudut Ketiga
Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjran amerika. kini penggunanya telah meluas di serata dunia. Dalam lukisan Unjran ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah ini dibayangikan seolah-olah diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah- satah utamanya dari arah anak panah A,B,dan C. ketiga-tiga arah pandangan ini akan diunjurkan
ke hadapan objek sehingga dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil seperti dalam rajah 2 dan 3.
rajah 2
rajah
Cara-cara untuk melukis Lukisan Ortografik
Lukisan Ortografik
- lukisan ortografik adalah lukisan pelan
- Lukisan ortografik terbina di atas paksi ortografik
- Paksi ortografik terdiri daripada
- satu garisan tegak dan satu garisan mendatar yang bersilang antara satu sama lain
- satu garisan condong/serong yang bermula daripada titik silang garisan tegak dan garisan mendatar
Melukis unjuran ortografik di atas kertas lukisan
Melukis unjuran ortografik di atas kertas gred
Cara untuk melukis unjuran ortografik sudut pertama
- pilih pandangan hadapan
- Lukis pandangan hadapan
- Lukis pandangan sisi
- Lukis pandagan atas
Cara untuk melukis unjuran ortografik sudut ketiga
- pilih pandangan hadapan
- Lukis pandangan hadapan
- Lukis pandangan sisi kiri
- lukis pandangan sisi kanan
- lukis pandangan atas